15 March 2014

Najib: Kru, penumpang fokus baru siasatan


Senarai penumpang dan anak kapal pesawat MH370 menjadi fokus baru siasatan kerajaan Malaysia selepas penemuan beberapa data baru yang disahkan oleh beberapa penguatkuasa penerbangan.

"Berdasarkan perkembangan baru ini, pihak berkuasa Malaysia memfokuskan semula siasatan mereka kepada kru dan penumpang di dalam pesawat," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada sidang media di KLIA petang ini.

Perdana menteri mendedahkan bahawa pesawat MH370 telah sengaja diterbangkan dalam arah yang berbeza.

Bagaimanapun, mengenai laporan bahawa pesawat itu telah dirampas, Najib berkata pihak berkuasa masih menyiasat semua kemungkinan apa yang menyebabkan MH370 menyimpang dari laluan penerbangan asalnya.

Beliau juga berkata peralatan komunikasi dalm pesawat Boeing 777 telah dimatikan.

Pengesahan itu adalah berdasarkan maklumat satelit.

Najib berkata operasi mencari dan mencari diteruskan , tetapi tidak lagi akan memberi tumpuan di Laut China Selatan.

Menurutnya, perhatian kini tertumpu kepada dua lokasi barat Semenanjung Malaysia - koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke sempadan Utara Thailand dan koridor selatan, dari Indonesia ke Lautan selatan India. - Mkini

No comments:

Post a Comment