08 March 2014

Pesawat MH370 Hilang: Polis Marin Guna 3 Bot Untuk Operasi Mencari


PETALING JAYA: Polis Marin menggunakan tiga bot dan 24 anggota dalam sebahagian daripada misi mencari dan menyelamat bagi pesawat MH370 yang hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Komander Polis Marin Kanan, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, kesemua bot berkenaan telah dikerahkan pada Sabtu di perairan Kelantan bersempadan dengan Terengganu.
"Jika perlu, kami bersedia untuk menggunakan lebih banyak aset.

"Keutamaan kami ialah mencari pesawat dan penumpang," kata beliau.
Beliau mengesahkan bahawa operasi masih berjalan tetapi tidak memberikan butiran lanjut.
"Kami menyelaraskannya dengan unit udara," kata Abdul Aziz. - Mstar

No comments:

Post a Comment