08 March 2014

Najib bertemu keluarga penumpang MH370


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menemui anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dilapor hilang awal hari ini.

Beliau bertemu mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Akaun Twitter Pejabat Perdana Menteri turut memaparkan gambar Najib bersama-sama anggota keluarga anak kapal pesawat itu.

Turut dirakam dalam foto itu ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pesawat B777-200 dalam penerbangan ke Beijing itu dilapor terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi, kira-kira dua jam setelah berlepas dari KLIA.

Pesawat itu membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal. Penumpang meliputi rakyat 14 negara termasuk 38 rakyat Malaysia.

Lain-lain ialah China/Taiwan (154), Indonesia (7), Australia (6), India (5), Perancis (4), Amerika Syarikat (4), New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Belanda (1) dan Austria (1). – Bernama, 8 Mac, 2014.- TMI

Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) bertemu dengan ahli keluarga penumpang MAS MH370 di KLIA hari ini. – Gambar dari laman Twitter @PMOMalaysia.

No comments:

Post a Comment