01 March 2014

MP PKR: Perjanjian air boleh cecah RM14b


Selangor mungkin akhirnya telah berjaya mendapatkan persetujuan syarikat konsesi swasta untuk menerima tawaran RM9.65 bilion bagi pengambilalihan perkhidmatan air di negeri itu. Tetapi harganya masih boleh melambung mencecah sehingga RM14 bilion.

Ahli Parlimen PKR Kelana Jaya, Wong Chen berkata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah memaklumkan kepada wakil-wakil Pakatan Rakyat dalam satu taklimat semalam.

"Beliau ( Khalid ) berkata syarikat konsesi air tidak mempunyai
pilihan tetapi terpaksa menerima tawaran sebanyak RM9.65 bilion itu.

" Tetapi apabila saya bertanya lanjut mengenai isu timbangtara antarabangsa, beliau mengakui bahawa klausa tentang timbangtara antarabangsa itu membolehkan syarikat-syarikat konsesi air meminta bayaran tambahan.

" Dan jika penimbangtara memihak kepada syarikat air, maka perjanjian itu boleh melonjak mencecah RM14 bilion," kata Wong dalam satu catatan di Facebook.

Wakil Pakatan mengkritik langkah itu kerana mereka tidak dimaklumkan lebih awal mengenai pemeteraian MOU air antara kerajaan Selangor dan Kerjaan pusat sehinggalah tersebar laporan media mengenainya.

Khalid telah menjustifikasikan langkah tersebut dengan memetik keperluan untuk mencegah dagangan dalaman (insider trading)  kata Wong Chen.

"Bagaimanapun apabila saya bertanya kepada beliau (Khalid) sepanjang minggu-minggu rundingan mereka, adalah anggota kabinet BN juga dipaksa menandatangani perjanjian supaya tidak mendedahkan perjanjian tersebut bagi mengelak dagangan dalaman, beliau berkata beliau tidak tahu," katanya. - Mkini

No comments:

Post a Comment