11 March 2014

MH370: Kerajaan jamin usaha akan berterusan


KUALA LUMPUR - Susulan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 yang masuk hari ke-empat, kerajaan memberi jaminanan akan melakukan usaha berterusan mengesan pesawat tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata, usaha akan dilakukan secara berterusan dengan bekerjasama dengan negara lain.

"Saya setuju dengan apa jua usaha yang dilakukan untuk MH370.

"Kerajaan bagi jaminan usaha yang kita lakukan akan diteruskan dengan kerjasama dengan negara lain.

"Semoga ALLAH memberkati usaha kita semua," katanya dalam Dewan Rakyat semasa menjawab soalan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, hari ini.

Dalam pada itu,Bung Mokhtar juga telah meminta semua ahli Dewan Rakyat bangun untuk berdoa.

"Mari kita semua bangun dan berdoa untuk penumpang MH370 yang masih belum ditemui," katanya. - SH

No comments:

Post a Comment