03 March 2014

Lelaki 83 tahun ditahan cabul pembantu rumah


Melaka Tengah: Seorang lelaki berusia 83 tahun ditahan polis kerana didakwa mencabul kehormatan pembantu rumah anaknya di Tangga Batu, dekat sini, kelmarin.

Lelaki itu ditahan pada jam 6 petang selepas pembantu rumah warga Indonesia berusia 33 itu melarikan diri dan membuat laporan di Balai Polis Tanjung Kling, jam 8 pagi pada hari kejadian.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Superintendan P R Gunarajan, berkata mangsa yang bekerja dan tinggal serumah dengan majikannya, mendakwa suspek meramas buah dadanya beberapa kali.

Diganggu sejak tiga bulan lalu

Katanya, mangsa mendakwa suspek mengganggunya sejak mula bekerja kira-kira tiga bulan lalu.

Antara lain, mangsa mendakwa suspek sering meminta untuk mencium buah dadanya dan pernah menunjukkan kemaluan.
“Mangsa juga mendakwa suspek beberapa kali meramas buah dadanya ketika sedang memasak dan mengemas bilik tidur,” katanya, di sini, semalam.

Gunarajan berkata, susulan laporan itu suspek ditahan dan anaknya turut dipanggil untuk memberi keterangan. - BH

No comments:

Post a Comment