03 March 2014

Imam ditembak mati


Narathiwat: Seorang imam terbunuh dan anaknya cedera parah selepas ditembak di daerah Yingo, pagi semalam.

Ketua Polis Yingo Kol Suthon Sukwiset berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi di jalan berhampiran sekolah Baluka Sano di Tambon Tapoyo.

Mangsa, Kori Dolo, 62, bertugas sebagai imam di Masjid Kuyi diserang ketika membonceng motosikal yang ditunggang anaknya, Aris 17.

Suthon berkata, Kori dalam perjalanan ke sekolah untuk menghantar Aris yang sepatutnya menghadiri kelas tambahan khas.

“Dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal mengekori mangsa sebelum seorang daripada mereka melepaskan tembakan,” katanya.

Kori meninggal dunia di tempat kejadian manakala Aris cedera parah dan dimasukkan ke Hospital Ratchanakarin, Narathiwat. - BH

No comments:

Post a Comment