08 March 2014

Laporan Tidak Rasmi: Pesawat Terhempas Di Laut China Selatan


PETALING JAYA: Laporan tidak rasmi Vietnam dan China menyatakan bahawa Tentera Laut Vietnam mengesahkan pesawat MH370 dari KL - Beijing terhempas ke dalam laut.
Laporan tersebut turut dipetik 'Yahoo News'.

Akhbar harian Vietnam, Tuoi Tre dan agensi berita China Xinhua memetik Laksamana Tentera Laut Vietnam Ngo Van Phat sebagai berkata rekod radar tentera menunjukkan bahawa pesawat terhempas ke dalam laut, di kawasan 153 batu ke Selatan pulau Phu Quoc.

Sementara itu, Al Jazeera melaporkan bahawa China telah menghantar dua kapal menyelamat maritim untuk membantu mengesan pesawat yang hilang. - Mstar

No comments:

Post a Comment