08 March 2014

Anak Saudara OCPD Kuching antara penumpang MH370


KUALA LUMPUR: Anak saudara Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Roslan Bek Ahmad disahkan antara 227 penumpang yang menaiki pesawat boeing 777-200 milik Malaysia Airlines (MAS) yang dilapor hilang awal pagi tadi.

 ACP Roslan berkata anak saudaranya, Suhaili Mustafa,31, menaiki pesawat berkenaan untuk ke Beijing atas urusan yang tidak dimaklumkan. "Saya diberitahu oleh kakak saya bahawa anak saudara saya bernama Suhaili Mustafa antara penumpang dalam pesawat mas yang hilang itu.

mohon doakan semoga semuanya selamat," katanya. Ibu kepada Suhaili kini berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi mendapatkan perkembangan terkini. Penerbangan MH370 ke Beijing itu membawa 227 penumpang dari 14 negara selain 12 anak kapal terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi tadi.

 Pesawat itu berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di beijing pada 6.30 pagi.  - Astro Awani

No comments:

Post a Comment