13 March 2014

K'jaan nafi MH370 terus terbang selepas putus hubungan


Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan laporan media asing yang menyebut bahawa pesawat MH370 mungkin telah terbang selama beberapa jam selepas ia hilang dari skrin radar.

The Wall Street Journal melaporkan penyiasat penerbangan AS dan pejabat keselamatan negara itu percaya pesawat itu terbang selama lima jam, berdasarkan data yang dimuat-turun dan dihantar secara automatik dari enjin Boeing 777 sebagai sebahagian daripada program pemantauan standard.

Menteri itu juga berkata pengeluaran imejan satelit oleh pihak China mengenai kemungkinan ia bangkai pesawat berkenaan, telah tersalah dikeluarkan. - Mkini

No comments:

Post a Comment