06 February 2014

Tawaran tampar Teresa Kok dinaikkan sehingga RM1,200 kata NGO Islam


Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia berkata, tawaran bagi menampar Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok kini dinaikkan daripada RM500 ke RM1,200 kerana pemimpin DAP itu dikatakan kurang ajar dan mencabar kedudukan orang Melayu.

Menurut Seketariat Majlis Permuafakatan Ummah Malaysia Zulkfli Sharif, tawaran dibuat itu terbuka kepada semua warganegara Malaysia agar penghinaan yang seringkali dibuat Kok menerima pembalasan.
"Tawaran ini terbuka kepada semua. Maksudnya, siapa sahaja yang dapat menampar Teresa Kok dengan disertakan gambar sebagai bukti, kita akan beri ganjaran sebanyak RM1,200," kata Zulkifli kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi di Kuala Lumpur.


"Pada mulanya memang kita hanya tawarkan RM500, namun ganjaran itu dinaikkan sebanyak RM1200 hasil sumbangan ahli kita."
Beliau juga tidak menolak kemungkinan jumlah ganjaran tersebut akan meningkat sekiranya ada lagi individu menampilkan diri memberi sumbangan.

Tambahnya, gerakan itu juga tidak menetapkan sebarang tarikh tamat kepada peserta yang ingin menyertai pertandingan tersebut.
"Kita tidak ada tarikh tamat, bila-bila masa sahaja sehingga isu ini reda dan bagi siapa yang berjaya mendapatkan gambar bukti tampar pemimpin tersebut maka boleh hantar ke pejabat kita," katanya.

Terdahulu  kira-kira 50 individu menggelarkan diri mereka “Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia” bertindak menyembelih dua ekor ayam dan melumur darahnya pada kain rentang yang tertera gambar pemimpin Cina DAP dan PKR sebagai bantahan terhadap penghinaan pemimpin berkenaan kepada majoriti masyarakat Melayu beragama Islam.

Pemimpin yang wajahnya terdapat pada kain rentang itu adalah Kok, Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dari DAP dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk Lee Khai Loon dari PKR.

Perhimpunan yang dinamakan "Bantahan penghinaan terhadap kepimpinan Melayu, Yang di-Pertuan Agong, dan agama Islam serta maruah Melayu” oleh segelintir ahli politik yang didakwa cauvinis Cina diadakan berhampiran Jalan Tun Perak berdekatan Puduraya, Kuala Lumpur petang ini.

Antara sepanduk yang dinaikkan adalah gambar wajah Kok berbadan ayam selain tulisan berbunyi "Reward atau ganjaran RM500, menghina Islam, azan sembahyang, mencaci Melayu (Melayu sial) tampar dan amik gambar sebagai bukti siapa cepat dia dapat hanya seorang pemenang sahaja."

Setiausaha Agung Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia itu berkata, tindakan mereka itu juga turut disokong kaum Cina lain yang menentang perbuatan pemimpin DAP itu.
"Beliau ialah rakan kita Sunny Goh iaitu Pengerusi Perhubungan Hal Ehwal Masyarakat Cina bagi Pertubuhan Kebajikan Insan Bakti Malaysia (Perkib). Beliau juga tidak suka dengan perbuatan pemimpin pembangkang yang sebangsa dengannya," katanya.

Zulkifli berkata lagi, beliau tidak takut sekiranya Kok membuat laporan polis ke atas pertubuhannya sambil menggesa pihak berkuasa juga mengambil tindakan ke atas perbuatan biadap ahli parlimen itu.

"Kita serius dengan tawaran ini, tidak main-main. Ini adalah akibat kerana mulut celupar beliau. Kita mahu beri amaran supaya kelak ahli parlimen itu lebih berhati-hati dalam perbuatannya dan polis kena siasat betul jangan kerana beliau ahli parlimen maka dilepaskan," katanya. – 6 Februari, 2014.

Kumpulan NGO Pro-UMNO ini adalah punca utama kekalahan teruk UmnoBN di Kajang.

2 comments:

  1. SEKSYEN 323 (Kecederaan Ringan) Dengan sengaja menyebabkan cedera. Sekiranya disabit kesalahan maka hukuman adalah penjara selama tempoh yang tidak melebihi 1 tahun atau didenda sehingga RM2,000.00 atau kedua-duanya sekali.

    > Contoh : pelajar ditampar dan ditumbuk guru

    Bro tambahlah cukupkanlah RM200k. setidak tidaknya setahun kat dalam anak bini terjamin.

    kalau rm1500 dari lu sibuk suruh orang buat...baik buat sendiri. berani buat berani tanggung, Tawaran BODOH dan DUNGU dalam PENDIDIKAN ..tak BERBALOI SIOT

    SLOGAN BODOH DARI NGO MELAYU beragama ISLAM.

    Tak tau lak kawan dalam AL-QURAN ada suruh umatnya menampar sesuka hati mengikut ajaran mak bapak dia, walaupun Negara ada undang2. jap lagi kawan nak Tanya ustaz ada tak perkara tersebut disuruh umatnya berbuat demikian.

    Bikin Malu Bangsa MELAYU dan Agama ISLAM. Perangai MANUSIA seperti inilah membuat Agama ISLAM tercemar.

    dari buat kerja tak berfaedah ni, lebih baik berdakwah mendampingi mereka yg yang sudah menukar Agama dan juga pada mereka yang ingin tau tentang Agama ISLAM.

    BAHASA dan BUDAYA menunjukkan BANGSA

    Lu pikirlah sendiri...!!!

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete