21 February 2014

MP berang kereta dicuri 20m dari balai polis


Kereta Ahli Parlimen PKR Bayan Baru, Sim Tze Tsin dicuri petang semalam ketika diletakkan di ibupejabat PKR di Tropicana, Selangor.

Ironinya, tulis Sim dalam Facebook, keretanya diletak berdekatan balai polis Merchant Square yang sebaris dengan pejabat PKR.

Menurut Sim, keretanya dicuri dari tempat letak kereta pada waktu siang hari dan balai polis tersebut hanya 20 meter jauhnya dari situ.

Sim juga mengeluh beliau telah menjadi mangsa pelbagai jenayah dan tidak menolak kemungkinan ianya bermotifkan politik.

Beliau berkata, pusat perkhidmatannya telah dipecah masuk sebanyak tiga kali, rumahnya dipecah masuk sekali dan kini keretanya pula dicuri.

Bagaimanapun, katanya, beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat perkara itu secara profesional.

Beliau juga menggesa mereka nampak kereta Honda CR dengan nombor plat PJT308 supaya menghubungi pihak polis. - TMI

No comments:

Post a Comment