23 February 2014

Mahkamah Mesir bebaskan polis daripada tuduhan membunuh


KAHERAH 23 Feb. - Sebuah mahkamah Mesir semalam membebaskan enam anggota polis daripada tuduhan membunuh penunjuk perasaan semasa kebangkitan rakyat menentang bekas Presiden Hosni Mubarak, pada 2011.
Kesemua defendan menghadapai pertuduhan membunuh sebanyak 83 penunjuk perasaan di luar balai polis di bandar Iskandariah.
Kesemua anggota polis yang dibebaskan itu termasuk seorang ketua polis Iskandariah kemudiannya melaungkan `hidup keadilan’ semasa keputusan dibacakan. - AFP

No comments:

Post a Comment