23 February 2014

5 lagi mangsa lemas ditemui


SEGAMAT 22 Feb. - Kelima-lima mayat remaja yang mati lemas di Sungai Muar di Buloh Kasap, dekat sini semalam ditemui dalam lingkungan masa satu jam, hari ini selepas solat hajat disempurna dan azan zuhur selesai dilaungkan.
Mayat pertama, Mohd. Nazreen Zainal, 14, ditemui pukul 1.45 petang dalam keadaan terapung kira-kira 20 meter dari lokasi kejadian, manakala mayat Mohd. Shafiq Md. Shukor, 16, ditemui di dasar sungai pukul 2.06 petang.
Mayat ketiga dan keempat, Mohd. Zaki Zaidi, 16, dan Mohd. Izuan Hakimi Amin, 13, masing-masing ditemui pukul 2.41 petang serta mayat terakhir, Mohd. Hafizuddin Kamal, 16, ditemui pukul 2.46 petang.
Kesemua mayat tersebut kemudian dihantar ke Hospital Segamat untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga yang semuanya berasal dari Taman Mewah, Buloh Kasap.
Pengarah Bomba dan Penyelamat negeri, Datuk Abdul Ghani Daud berkata, kesemua mayat ditemui selepas pihaknya menukar strategi usaha mencari dan menyelamat itu yang mengambil masa selama kira-kira 30 jam.
Beliau berkata, selepas hampir tengah hari mayat tidak ditemui, pihaknya menggunakan bot dan melakukan teknik pusingan untuk mengocak air supaya dapat menghasilkan pusaran, sekali gus menggerakkan mayat-mayat di bahagian dasar sungai.
"Kita mengubah teknik mencari dan menyelamat dengan melakukan usaha itu supaya mayat yang tersangkut di kayu-kayu atau di bahagian lumpur di dasar sungai bergerak. Teknik tersebut berjaya apabila kesemua mangsa ditemui.

No comments:

Post a Comment