14 February 2014

Guru mengamuk belasah empat pelajar


SITIAWAN - Empat pelajar tingkatan satu sebuah sekolah menengah di sini melalui detik menakutkan apabila seorang guru lelaki mengamuk dan bertindak membelasah mereka sehingga mengalami kecederaan kelmarin.

Dalam kejadian pukul 5 petang di makmal komputer sekolah itu, guru berkenaan didakwa menendang sebelum menumbuk dua pelajar lelaki dan dua pelajar perempuan.

Seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun mendakwa, dia ditendang di muka oleh guru tersebut hanya kerana tidak membawa buku latihan.

"Akibat perbuatan guru tersebut, saya mengalami pendarahan di bahagian dagu dan dibawa oleh dua orang rakan ke bilik guru untuk membuat laporan.

"Saya sempat memaklumkan kejadian tersebut kepada keluarga sebelum mereka datang membawa saya untuk membuat laporan polis," ceritanya.

Seorang lagi mangsa yang merupakan pelajar perempuan mendakwa, dia menerima nasib sama apabila guru yang bagaikan dirasuk bertindak keluar dari makmal komputer dan menumbuk lima kali di bahagian mukanya.



SEORANG daripada mangsa melakonkan semula aksi dia ditendang oleh seorang guru yang mengamuk di sebuah sekolah di Sitiawan, Perak semalam.

2 comments:

  1. datang sekolah tapi tak bawa buku?? lain kali duduk rumah saja. jgn ganggu rakan2 lain yg nak belajar.

    ReplyDelete
  2. Keguruan adalah profesion ke 3 paling stressful dalam dunia..

    ReplyDelete