17 February 2014

Anwar: Rasa kasihan, nak gelak pada Dr M


"Saya kadang-kadang rasa kasihan, kadang-kadang rasa nak gelak pun ada.”

Begitu reaksi Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengulas kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohammad yang menyamakan undi kepada ketua pembangkang itu ke arah "kerajaan pro-Amerika".

"Nak jawab, tak payah nak jawablah. Tapi kadang-kadang nak kena bagi penjelasan, nak jawab macam mana tak tahu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis "sembang petang” di kediaman Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti Norlela Ariff di Kajang.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas panjang kenyataan Mahathir, mantan mentornya ketika berada dalam Umno dulu.

Sementara itu, Anwar juga menolak tanggapan bahawa beliau berminat dengan kekayaan negeri Selangor dengan mahu menjadi ADUN di negeri itu.

"Kata saya nak ambil duit kerajaan Selangor, saya lapan tahun jadi menteri kewangan," katanya. - Mkini

No comments:

Post a Comment