07 January 2014

Rogol: Dua remaja dicari bantu siasatan


GEORGETOWN - Polis sedang mencari dua remaja untuk membantu siasatan kes rogol gadis bawah umur di Bayan Baru pada 15 Disember lalu.

Mereka ialah Muhammad Aiman Ariff Aabidin,18, yang alamat terakhirnya No 8, Kampung Sunagi Putat, Bagan Serai, Perak dan Iwan Fikry Razali, 19, dengan alamat terakhir No 418 MK5, Sungai Semambu, Bukit Mertajam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Mohd Zain berkata mereka yang mempunyai maklumat mengenai remaja itu boleh menghubungi pegawai penyiasat kes itu, Inspektor Nurul Ezana Zainal di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, Balik Pulau di talian 019-4002790 atau 04-8666222 atau pergi ke mana-mana balai polis berhampiran. - SH

No comments:

Post a Comment