ANGGOTA polis memeriksa kereta dipandu suspek yang mati ditembak di MRR2, Kuala Lumpur malam kelmarin. |
KUALA LUMPUR - Tindakan seorang penjenayah yang baru lepas merompak cuba melarikan diri daripada polis dengan memandu secara berbahaya sejauh lapan kilometer membawa padah apabila dia maut ditembak dekat Jalan Lingkaran Tengah (MRR2) awal pagi semalam.
Suspek berusia 31 tahun itu disahkan mati kira-kira pukul 5.30 pagi semasa menerima rawatan kecemasan di Hospital Ampang, Selangor.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, sebelum kejadian pukul 8.30 malam kelmarin itu, suspek bersama seorang lagi lelaki dan isterinya berusia 20 hingga 30 tahun dipercayai baru sahaja menyamun seorang wanita di sebuah restoran makanan segera dekat Wangsa Maju.
Menurutnya, dua anggota polis bermotosikal kemudian cuba menahan sebuah kereta jenis Proton Satria Neo yang dipandu suspek untuk pemeriksaan selepas melihat kenderaan itu dalam keadaan mencurigakan.
"Selepas memperkenalkan diri sebagai polis, kenderaan ini cuba melanggar motosikal ditunggang anggota terbabit namun berjaya dielak sebelum ia memecut laju menuju ke arah MRR2 menyebabkan polis tersebut meminta bantuan daripada anggota polis peronda. - Kosmo
No comments:
Post a Comment