Bukti yang didedahkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung
dakwaan bahawa timbalan presiden PAS Mohamad Sabu seorang pengikut Syiah
tidak meyakinkan bekas anggota kabinet Datuk Saifuddin Abdullah.
KDN
hari ini antara lainnya membangkitkan bahawa Mohamad pernah menyatakan
kekaguman ke atas kepemimpinan dan perjuangan revolusi Iran 1979 Imam
Rhollah Khomeini.
Saifuddin dalam tulisan di Twitter berkata,
beliau juga mengagumi Khomeini, dan juga tokoh revolusi lain seperti
tokoh anti-apartheid Nelson Mandela, pemimpin gerila Bolivia Che
Guevara, dan pejuang kebebasan India Mahatma Gandhi.
"Saya kagum Mandela, Che Guevara, Ghandi, Mother Theresa. Adakah bermakna saya Kristian, komunis, Hindu? "Saya juga kagum Khomeini. Adakah saya Syiah?," tulisnya. - Mkini
No comments:
Post a Comment