12 December 2013

Kita tidak mahu jadi seperti Iraq, kata Zahid Hamidi

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) menegaskan enggan menjadikan Malaysia seperti Iraq yang disifatkan sebagai negara tidak aman akibat ajaran Syiah.


"Iraq dulunya hanya berpegang pada satu fahaman iaitu Sunni, tetapi apabila mereka menerima ajaran Syiah, ia menyebabkan kacau bilau. Kita tidak mahu ia berlaku di sini," katanya kepada pemberita hari ini.

Ahmad Zahid berkata demikian mengulas kenyataan seorang ahli Parlimen di Baghdad, Iraq iaitu Syeikh Jalaluddin Ash-Shoghir mendakwa kerajaan Malaysia secara rasminya menjadi negara pertama mengkafirkan mazhab Syiah secara terbuka.

"Syarikat-syarikat Malaysia begitu gembira meraih keuntungan daripada pelaburan projek di Iraq dan negeri itu juga banyak memberi peluang perniagaan kepada kerajaan Malaysia," katanya melalui kenyataan yang tersebar di laman Youtube.

Syarikat minyak gergasi Malaysia, Petronas melabur dalam industri telaga minyak di Gharraf, Iraq.
65 % daripada jumlah populasi Iraq ialah pengikut Syiah.
Jamaluddin juga menyatakan kekecewaan terhadap kerajaan Malaysia apabila berhasrat ingin menghukum mereka yang berfahaman Syiah.

"Saya tidak tahu bahawa kerajaan Malaysia sampai satu tahap sanggup menghancurkan hubungan diplomatik dan melanggar kepercayaan. Di manakah dasar Persatuan Pertubuhan Islam (OIC)? " katanya.
Menjawab dakwaan tersebut, Ahmad Zahid berkata apa yang dikatakan Jamaluddin ialah terjemahan pendapat daripada pemimpin itu.

"Itu interpretasi beliau. Interpretasi kita amat berlainan sekali," katanya kepada media selepas melancarkan Anugerah Buku Kebangsaan dan Expo Buku 1Malaysia.
Ahmad Zahid berkata lagi, perkara tersebut berbeza antara keselamatan negara dan perniagaan.
"Saya amat terbuka untuk dipersalahkan juga untuk dikritik. Saya tidak perlu pujian.

"Atas dasar keselamatan dan keamanan negara, saya tidak akan bertolak ansur dan mengambil sebarang tindakan kerana tidak mahu negara mempunyai dua fahaman berbeza," katanya.
Jelas beliau tidak ada salahnya jika terdapat perbezaan ideology, bagaimanapun hal-hal melibatkan akidah dan kepercayaan Islam tidak harus dipertaruhkan.

Ditanya mengenai cadangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) untuk mengadakan dialog antara mazhab Sunni dan Syiah, Ahmad Zahid berkata langkah tersebut tidak perlu.
"Dialog apa? Ini tidak ada kena mengena dengan faktor manusia tetapi ia pegangan mazhab.

Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam yang menawarkan dialog tersebut berkata, kerajaan persekutuan menawarkan kebebasan kepada komuniti lain bagi mengamalkan kepercayaan mereka dan ia harus dilakukan kepada mereka yang mempunyai fahaman Islam yang berbeza. – 12 Disember, 2013. TMI

Senjata mula makan tuan.

No comments:

Post a Comment