21 December 2013

Safee Sali selamat nikahi Shasha


PEMAIN bola sepak kebangsaan, Safee Sali selamat bernikah dengan pasangan seorang wanita dari seberang pagi ini.

Khabar gembir itu dikongsikan menerusi Facebook rasmi SafeeSali_10 Official.

Sebelum ini gosip bertebaran mengatakan Safee bakal bernikah dengan wanita yang dikenali dengan nama Shasha, seorang warganegara Indonesia, apabila kad perkahwinan mereka tersebar di internet.

Majlis persandingan di pihak lelaki akan diadakan pada 28 Disember di Bidor, Perak.

Safee sebelum ini pernah berkahwin dengan Sabarina Yusoff pada tahun 2007 dan bercerai pada 2012.

Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata hasil perkahwinan tersebut. - SH

No comments:

Post a Comment