20 December 2013

Mangsa penculikan Pom Pom sudah diselamatkan, kata KPN

Pelancong Taiwan Chang An Wei yang diculik di resort Pulau Pom Pom dekat Semporna di Sabah pada 13 November, telah diselamatkan oleh pihak berkuasa Filipina, kata Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar). 

Menurut Ketua Polis Negara (KPN), mangsa diselamatkan di Sulu dan dimasukkan ke Hospital Merin di daerah itu dan akan diterbangkan ke Bandar Zambonga esok.

Dia mendedahkan berita baik itu melalui akaun Twitter @KBAB51 pada jam 5.15 petang tadi.
"Mangsa diselamatkan di Sulu sekarang di Hospital Merin di Sulu dan akan diterbangkan ke Zamboanga City esok."

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan bila mangsa telah diselamatkan.
Sebelum ini, Chua yang juga warganegara Taiwan telah diculik di Pulau Pom Pom. Suaminya, Hsu Li-min pula ditembak mati pada waktu yang sama.

Menteri Dalam Negeri Taiwan mendedahkan bahawa Taiwan telah menerima permintaan wang tebusan berkaitan penculikan tersebut.
Dua pegawai biro siasatan jenayah dari Taiwan juga telah turut sama turun ke Malaysia untuk membantu siasatan.

Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishamuddin Hussein sebelum ini menolak dakwaan bahawa penculikan ini adalah oleh kumpulan bersenjata. Beliau berkata, "penculikan berlaku di mana-mana."

Beliau turut menolak dakwaan bahawa kejadian ini disebabkan oleh kelemahan Eastern Sabah Security Command (Esscom) dan berkata Esscom hanya bertanggungjawab untuk "ancaman keselamatan yang lebih besar." – 20 Disember, 2013. TMI

Dilepaskan selepas wang tebusan dibayar dan penculik masih bebas?

No comments:

Post a Comment