18 December 2013

Kerajaan BN diingatkan pada manifesto kurangkan tol


Anggota Parlimen Kepala Batas daripada BN R Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican hari ini mengingatkan kerajaan BN kepada akujanji mereka sendiri dalam pilihan raya berhubung kos sara hidup sebelum menaikkan kadar tol lebuh raya.

NONEKatanya, dalam akujanji itu, BN secara spesifik berjanji mengurangkan kadar tol antara bandar secara berperingkat-peringkat dalam agenda pembangunan infrastruktur bertaraf dunia dan pembangunan luar bandar.

"Cadangan kenaikan kadar tol yang dikemukakan oleh pihak kerajaan wajar dikaji semula secara menyeluruh.

"Kenaikan dalam apa sahaja kuantum, akan menyukarkan rakyat khususnya dalam bandar, dan kalangan mereka yang sentiasa perlu menggunakan laluan bertol, baik dalam bandar mahupun antara bandar." - Mkini

1 comment:

  1. Bila masanya UMNO pernah menepati janji-janji manefesto pilihanrayanya.Bila menang aje, adalah yg naik.Ini kerana "terpaksa" sebab nak cover balik pencurahan wang waktu pilihanraya.Lihat apa yg berlaku baru-baru ni diPRK Sg.Limau, Kedah - berbelanja lebih dari 13 juta.Ini duit siapa? Dari mana datangnya dana ini? Fikirkan PRU yg lalu berapa billion wang rakyat dah digunakan.Tentu nak recover balik - wakau apa cara sekali pun.

    ReplyDelete