31 December 2013

Dua wanita mati ditikam, kelar


BUKIT MERTAJAM – Dua kawan karib wanita Myanmar ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di badan dan kelar di leher di kawasan semak di belakang sebuah bangunan dalam pembinaan di Jalan Baru, Perai di sini semalam.

Mayat kedua-dua mangsa terbabit ialah Htay Htay Then, 22, dan rakan sekerjanya yang dikenali sebagai Than, 42. Mayat mereka ditemui dalam keadaan terlentang dan berdekatan antara satu sama lain oleh seorang penduduk kampung pada pukul 12.15 tengah hari.

Difahamkan, kedua-dua mangsa tinggal di sebuah rumah sewa di Jalan Baru dan semasa kejadian mereka sedang berjalan kaki menuju ke sebuah rumah rakan mereka di Flat Nagasar yang terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi mereka dibunuh. - Kosmo

No comments:

Post a Comment