31 December 2013

11 langkah yang diumumkan PM tidak mencukupi, kata Saifudin Abdullah

Ketua Pegawai Eksekutif Global Movement of Moderates, Datuk Saifudin Abdullah berkata kerajaan perlu berbuat lebih dari 11 perkara yang diumumkan Perdana Menteri semalam sebagai langkah meringankan bebanan rakyat dalam menghadapi tahun 2014.


Antara saranan yang diberikan bekas timbalan menteri itu termasuk untuk kerajaan menggunakan sepenuhnya Teknologi Pengurusan Pembelanjaan.
Beliau menyifatkan sistem seperti e-perolehan dan e-bidaan sebagai cara sistematik menjimatkan kos serta membendung rasuah.

"Dengan kemungkinan kenaikan kos sara hidup, masalah keugamaan yang tak dapat diselesaikan dan kekurangan kebebasan media massa, serta isu mengenai hak asasi manusia, memang mudah untuk memahami kegelisahan rakyat menjelang tahun 2014." kata Saifudin.

Beliau bagaimanapun berkata rakyat perlu percaya bahawa tahun 2014 boleh dilalui dengan tenang.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan 11 langkah yang disifatkannya boleh membendung perbelanjaan kerajaan mulai tahun 2014.

Antaranya termasuk pemotongan elaun hiburan pemimpin dan pegawai kerajaan serta bajet elektrik Putrajaya.
Langkah itu adalah untuk menunjukkan bahawa kerajaan juga sama-sama menanggung beban rakyat sempena kenaikan kebanyakan harga barang mulai esok.

Tahun 2014 telah diibaratkan ramai pihak sebagai tahun kenaikan kos sara hidup, berikutan kenaikan harga bagi tol, ais, alat tulis, cukai pintu DBKL, kadar elektrik dan tambang bas. - 31 Disember, 2013.

No comments:

Post a Comment