Kajang: “Rakyat Malaysia, tolong hentikan sumbangan kepada anak saya.
Malah, saya reda jika dia ditangkap dan dihukum,” kata seorang wanita
warga Palestin selepas mengetahui anak lelakinya menipu dan
menyalahgunakan wang sumbangan rakyat Malaysia untuk membantu rakyat
negara itu.
Malah, wanita berusia 60 tahun mahu dikenali sebagai Zahrah turut
membuat laporan polis semalam selepas ditumbuk anaknya berusia 27 tahun
itu di rumah tumpangannya di Sungai Kantan, di sini, semalam.
Zahrah berkata, dia dan seorang lagi anak lelakinya, Khaled Alzahar, 20,
datang ke Malaysia dua minggu lalu selepas suspek menjemputnya datang,
kononnya untuk membincangkan hal perniagaan.
Menurutnya,
suspek berkahwin dengan seorang wanita tempatan yang menjalankan
aktiviti kemanusiaan di Palestin, Mac lalu sebelum berhijrah dan menetap
di negara ini tiga bulan kemudian.
“Malah, saya cukup sedih kerana anak saya (suspek) tergamak memukul
isterinya hingga keguguran dan sebelum ini dia mengugut mahu menyembelih
ayahnya sendiri ketika bekas suami saya itu datang berjumpanya di sini
September lalu,” katanya kepada Harian Metro, semalam. - Mymetro
Ramai lagi rakyat kita perlu derma kita.
ReplyDelete