Mohd Fazli Ahmad, perwakilan dari Kalabakan, Sabah ketika sesi
pembentangan laporan Tahunan dan penyata kewangan PAS turut mengambil
contoh beg yang diberikan kepada perwakilan adalah beg "pasar malam" dan
tidak berkualiti.
"Dulu saya berucap di Lundang, masa itu muda lagi, tahun 1992, beg kita
Bonia bah... sekarang ini tengok beg kita, macam beg beli di pasar
malam.
"Kenapa kita tidak ada bangunan ekonomi?" soalnya ketika berucap.
Beliau turut membangkitkan perwakilan PAS tidak memilih calon dari Sabah.
"Nak undi daripada Sabah, tapi jawatan Pusat tiada dari Sabah, calon dari Sabah pun perwakilan tak pilih.
"Tengok macam Umno, ada enam ahli Majlis Tertinggi dari Sabah, termasuk seorang Naib Presiden," katanya menyuarakan rungutan.
Ketika berbahas mengenai isu sama, Pengerusi Tetap, Datuk Abu Kassim
Abdullah mengarahkannya supaya berhenti berucap kerana melebihi tempoh
yang dibenarkan.
Bagaimanapun Mohd Fazli tidak menghiraukan arahan Abu Kassim dengan
meminta masa tambahan diberikan kepadanya atas alasan kos tinggi untuk
ke Kuala Lumpur dari Shah Alam.
"Saya datang dari jauh, harga tiket kapal terbang mahal. Tapi kami
datang juga. Dulu kami datang muktamar kena jual kain," katanya.
Pemilihan PAS hari ini menyaksikan 1,129 perwakilan memilih Timbalan Presiden, Naib Presiden.
Pemilihan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pula akan dilakukan esok setelah
terdapat kesilapan dalam kertas undi. – 22 November, 2013.
No comments:
Post a Comment