Persatuan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Tionghua Johor Bahru
mengalu-alukan perubahan pada hari cuti di Johor dari Ahad kepada
Jumaat, selagi status quo sektor swasta dan bank kekal.
Menurut
presidennya Datuk Tan Seng Leong, langkah itu bermaksud kembali pada
tahun 1994, apabila hari cuti Johor ditukar dari Jumaat kepada Ahad.
"Dalam
tahun 90-an, sektor swasta di Johor bekerja Isnin hingga Jumaat
manakala perkhidmatan awam dan sekolah-sekolah berehat adalah pada hari
Jumaat dan Sabtu.
"Kami minta kerajaan membenarkan penyusunan
yang sama sekarang," kata Tan, sambil menambah, sektor perniagaan tidak
boleh dipaksa membayar upah kerja lebih masa kepada pekerja pada Jumaat.
Komen
Tan itu dibuat ekoran jaminan Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled
Nordin bahawa terpulang kepada sektor swasta, sama ada untuk mengikuti
pertukaran cuti itu ataupun tidak.
Bagaimanapun, Khaled tidak
menyatakan sama ada syarikat yang beroperasi pada hari Jumaat akan
dipaksa membayar pekerja mereka lebih masa.
'Perubahan tak jejaskan perdagangan'
Tan juga berkata, dengan mengekalkan status quo dalam sektor swasta,
perubahan hari cuti tidak akan menjejaskan perdagangan luar, sama ada
dengan Singapura atau negeri-negeri lain di Malaysia yang masih
menjadikan Ahad sebagai cuti umum.
Menurut Tan, pemain dalam
industri perhotelan menganggap perkara itu menguntungkan kerana
pelanggan cenderung melanjutkan percutian daripada dua hingga tiga hari.
Justeru
itu, katanya, tempahan hotel bagi majlis-majlis kerajaan pada tahun
depan sedang dipindahkan dari hari Ahad ke Jumaat, manakala majlis
swasta kekal pada hari Sabtu dan Ahad.
"Dengan pejabat-pejabat
kerajaan dibuka pada hari Ahad, pekerja sektor swasta, terutama mereka
yang bekerja di Singapura, boleh melakukan urusan tugasan mereka tanpa
perlu mengambil cuti kerja.
"Kita juga akan menyaksikan
kelancaran lalu lintas pada Ahad dan Jumaat, kerana tidak semua orang
akan bekerja pada kedua-dua hari itu," katanya. - Mkini
No comments:
Post a Comment