Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (gambar) menyokong kenyataan Ahli
Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed yang menyatakan masyarakat sudah
muak dengan Umno.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu berkata sudah tiba masanya Umno
melakukan perubahan sekiranya ingin terus kekal relevan kepada
masyarakat.
"Negara ini punya kebebasan bersuara dan apa yang diperkatakan beliau
merupakan satu yang betul, dan ia tidak salah sama sekali.
"Setiap calon sepatutnya menolak meraih undi populariti sekiranya
mereka tidak melakukan apa-apa untuk kawasan mereka dan rakyat," katanya
dalam satu sidang media selepas Pra Pelancaran Malaysia Tourism Hunt
2013 di Kuala Lumpur.
Terdahulu Jazlan yang mengumumkan akan bertanding merebut jawatan Ahli
Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan Umno akan datang menyelar parti
itu dengan berkata, masyarakat sudah muak dengan apa yang berlaku dalam
Umno.
Katanya, hasratnya kali ini untuk bertanding adalah bagi meneruskan perjuangan Umno dan usaha untuk meremajakan parti.
"Masyarakat dah muak dengan apa yang berlaku dalam Umno. Dahulu sebelum
pilihan raya umum berjanji untuk melakukan perubahan, tetapi sehingga
kini masih belum ada yang berubah,” katanya.
Menurut Nazri lagi, amat penting bagi Umno untuk kembali menilai parti itu agar terus relevan.
"Pemilihan Umno sudah diadakan banyak kali dan kita perlu belajar dari
kelemahan yang penting kita tidak terlalu tamak untuk merebut jawatan,"
katanya lagi.
Katanya, calon sebenarnya perlu menawan hati pengundi di peringkat
bawah kerana populariti dalam Umno tidak akan menjamin kemenangan dalam
pilihan raya.
"Seperti sebelum ini ramai jugat pemimpin Majlis Tertinggi (MT) seperti
Dr Ahmad Puad Zakashi dan Datuk Saifuddin yang menang populariti dalam
Umno tapi kalah masa pilihan raya," katanya.
Beliau juga turut menyokong Umno kini perlu memberi ruang kepada pemimpin pemimpin muda.
"Saya setuju 100 peratus tampilkan pemimpin muda yang baru ini seperti
're genarasikan' semula parti bagi pemimpin lama mereka boleh juga
datang tapi memerhati saja," katanya. – 9 September, 2013. - TMI
Ingat tak perasan.