KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia kesal dengan akhbar The New Paper, Singapura yang menerbitkan tajuk berita mengelirukan dan sensasi yang mendakwa pembunuhan murah di Malaysia.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam kenyataan pada Jumaat berkata tajuk berita itu mempunyai niat jahat dan menyebarkan tanggapan salah tentang keadaan keselamatan di Malaysia.
"Kami menggesa agar The New Paper tidak mensensasikan apa-apa perkara yang boleh memberi kesan menjejaskan ke atas mana-mana pihak," katanya.
Akhbar The New Paper pada 31 Julai, menerbitkan sebuah artikel bertajuk 'Selamat datang ke Malaysia di mana kematian adalah murah dan untuk kekal hidup sangat mahal' yang turut menyatakan bahawa untuk mengupah seorang pembunuh hanya memerlukan $2,000 (RM5,000).
Artikel tersebut menerima maklum balas negatif dari pelbagai pihak yang menyatakan ia tidak beretika dan menggesa agar akhbar harian itu memohon maaf kepada Malaysia kerana menghina. - BERNAMA
Jika tidak mahu orang hina, jagalah keselamatan rakyat bawahan ini.