Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji untuk kakitangan awam di Selangor.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, keputusan itu dipersetuju oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini.
"Kerajaan
negeri memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk pemberian bonus kepada
21,776 kakitangan tetap, kontrak dan sambilan yang akan diberikan
selewat-lewatnya pada hujung bulan ini," katanya.
Abdul Khalid
berkata, sekiranya kerajaan pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan
setengah gaji kepada kakitangan awam, maka kerajaan Selangor akan
menambah lagi setengah bulan gaji kepada kakitangan awam di negeri ini.
"Saya berharap bonus ini dapat meringankan tanggungan warga kerja kerajaan negeri bagi menghadapi persiapan Hari Raya.
"Kita
berharap kakitangan awam berbelanja dengan berhemah dan memperuntukkan
sebahagian bonus ini untuk simpanan untuk kegunaan pada masa depan,"
tegas menteri besar. - Malaysiakini
Kita tengok mana yang paling pandai perintah, pusat atau negeri Selangor.