07 July 2013

Golongan Guru Disaran Sokong BN Pada Pilihan Raya Kecil Kuala Besut

BESUT, 6 Julai (Bernama) - Golongan guru disaran supaya memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Besut.

Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata ini bagi melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan yang banyak memperjuangkan kebajikan mereka.

"Tidak ada sebab guru membiarkan kerajaan bersendirian dan kini sampai masanya mereka membantu kerajaan untuk memastikan BN mengekalkan kerusi di Kuala Besut sebagai ucapan terima kasih mereka kepada kerajaan," katanya kepada pemberita semasa beramah mesra dengan penduduk Kampung Kemunting dekat Kuala Besut hari ini.

Sementara itu beliau yang juga Timbalan Pengarah Pilihan Raya Kecil Kuala Besut berkata BN telah menetapkan slogan 'Kuala Besut Bertambah Biru' dengan menyasarkan peningkatan majoriti dari 2,434 undi kepada lebih 4,000 undi.


Tumpuan akan diberikan untuk mendampingi rakyat dari rumah ke rumah, katanya.
 
Idris mengingatkan pengundi di Kuala Besut agar menyedari bahawa pembangkang tidak mampu membawa kemakmuran kepada mereka. - BERNAMA

Kebajikan apa yang perjuangkan? Masalah guru mana yang berjaya kamu selesaikan?