Home | Malaysiakini | Sinar Harian | Astro Awani | BHarian | Kosmo | Malaysia Gazette | HMetro | Mstar | Bernama | Majoriti | Gempak | Bebas News | Carigold | Blogger |
13 June 2013
Zuraida dedah isu pelantikan Saifuddin
SHAH ALAM – Kepimpinan PKR Selangor masih belum menerima sebarang maklumat rasmi berhubung mengenai pelantikan Datuk Saifuddin Nasution sebagai pegawai seranta politik (political liason) negeri Selangor.
Perkara tersebut didedahkan Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamarudin yang menegaskan beliau serta pemimpin lain termasuk Pengerusi PKR Selangor, Mohamed Azmin Ali tidak dimaklumkan berhubung pelantikan tersebut.
“Kepimpinan daripada pihak negeri (setakat ini) kami tidak menerima sebarang maklumat rasmi mengenai perkara ini, serta skop kerja yang akan dilakukan oleh beliau.
“YB Azmin kembali hari ini (semalam). Kita akan duduk berbincang apakah ia (pelantikan dan jawatan) tersebut sebenarnya,” katanya dalam sidang media semalam.
Pelantikan Saifuddin mewakili PKR sebagai political liason yang bakal ditubuhkan dalam masa terdekat diumumkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan penutupnya semasa Kongres Nasional ke-9 PKR.
Jawatan tersebut bakal ditubuhkan bagi mengendali hal ehwal politik dalaman negeri sekali gus membantu Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tanpa mencampuri pentadbiran awam atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR bagaimanapun berkata, PKR serta kepimpinan lain mengalu-alukan pelantikan tersebut jika benar ia dibuat demi kepentingan urusan pentadbiran kerajaan negeri.
Dalam perkembangan lain, Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang turut mendakwa karenah birokrasi Kerajaan Negeri yang diterajui Menteri Besar menyebabkan urusan penyaluran dana dalam penyelesaian masalah rakyat terbantut.
Menurutnya, beberapa masalah rakyat yang dikenal pasti terbengkalai lantaran kelewatan maklum balas daripada pihak Kerajaan Negeri.
“Kami berharap masalah rakyat yang dikenal pasti terbengkalai lantaran kelewatan maklum balas daripada pihak Kerajaan Negeri.
“Polisi dan dasar yang digubal oleh Kerajaan Negeri dapat meningkatkan komunikasi untuk mendapatkan maklum balas dengan ahli Parlimen dan Adun juga Ahli Majlis,” katanya.
Antara masalah tersebut adalah isu air, kekerapan dan kapasiti pengutipan sampah, pembersihan kawasan awam dan longkang, jalan berlubang serta masalah lampu jalan.
Selain itu, Zuraida turut meminta Kerajaan Negeri menyemak kembali dana terkumpul berjumlah RM2.6 billion dan menyalurkan dana tersebut dengan lebih teliti. - SH
Ada masanya bising itu baik.