Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Port Klang berada di paras bahaya
dengan bacaan 487, sementara kualiti udara sangat tidak sihat seluruh
Lembah Klang.
Bacaan IPU Pelabuhan Klang itu semakin buruk berbanding 314 pada jam 3 petang semalam.
Jabatan
Alam Sekitar melaporkan, sehingga jam 7 pagi, kualiti udara di di
tempat-tempat lain di Selangor - Banting (292), Shah Alam (289), Kuala
Selangor (242) dan Petaling Jaya (213) - merosot.
Perak juga hari ini menghampiri angka melebihi 300 di Seri Manjung (288).
IPU
mengelaskan udara baik antara 0-5, sederhana 51-100, tidak sihat
101-200, sangat tidak sihat 201-300 dan berbahaya kepada kesihatan
manusia apabila melebihi angka 300. - Mkini