Pengendali blog kontroversi papagomo.com mengumumkan akan menamatkan
penulisan di laman berkenaan kerana ingin menumpukan usaha kepada
perniagaan menjual pakaian.
Laporan laman Sinar Harian Online
menyebut, pengendali blog berkenaan mengumumkan perkara itu di laman
media sosial Twitter pada hari Isnin lalu.
"I'm done (saya sudah
habis). Itu yang Gomo boleh katakan dalam perjuangan dengan nama blog
Papa Gomo. Bagi peluang blogger baru gegar alam maya ini.
"Gomo nak fokus pada perniagaan pakaian tu. Lagipun bulan puasa dah nak tiba dan ni masanya nak cari duit lebih," tulisnya.
Pengumuman
itu dibuat beberapa hari sebelum Mahkamah Tinggi menetapkan tarikh
untuk mendengar Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes
saman beliau terhadap penulis blog papagomo.com itu.
Anwart
mendakwa penulis blog berkenaan, Wan Muhammad Azri Wan Deris menyiarkan
perkataan fitnah dan mengaitkan beliau dengan seorang lelaki dalam video
seks.
Hakim Rosilah Yop semalam menetapkan tarikh 28 Jan 2014 untuk mendengar kes saman itu.
Pada
21 Mac lepas, Anwar memfailkan saman fitnah RM100 juta dengan mendakwa
Wan Muhammad Azri, pemilik laman blog www.papagomo.com menyiarkan empat
siri perkataan fitnah dalam laman web itu pada 16, 17, 19 dan 20 Mac
lepas.
Wan Muhammad Azri dalam satu pernyataan di mahkamah pada akhir bulan lalu menafikan bahawa beliau merupakan penulis blog papagomo.com. - Malaysiakini
Terlajak perahu boleh diundur.