Seorang pemerhati politik menyifatkan dakwaan pilihan raya umum ke-13
(PRU13) tidak telus dengan kewujudan pengundi 'hantu' dan lain-lain
lagi, sebagai kenyataan pihak yang tidak boleh menerima kekalahan.
Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata hakikatnya rakyat Malaysia sudah
membuat keputusan dan pihak yang berkenaan sewajarnya menerima keputusan
itu sebagai sebahagian daripada proses demokrasi.
"SPR
(Suruhanjaya Pilihan Raya) sudah jalankan tugas sebaiknya dengan telus
dan terbuka, malah ada pemerhati luar dan antarabangsa. Sepatutnya tidak
perlu timbul keraguan," katanya kepada Bernama, di Melaka semalam.
Menurutnya jika Barisan Nasional (BN) boleh menerima kemerosotan
pencapaian mereka dengan terbuka termasuk kekalahan nama-nama besar,
pembangkang juga harus begitu.
"Ini kerana pilihan raya dijalankan dengan bersih dan terbuka," katanya.
Pada pilihan raya yang berlangsung semalam, BN membentuk kerajaan
dengan kemenangan 133 daripada 222 kerusi parlimen. Pada 2008, BN menang
140 kerusi. - Bernama
Itu beza pejuang dengan pengampu.