Kerajaan Selangor mengumumkan hari Isnin 6 Mei sebagai hari pelepasan
am bagi memudahkan semua rakyat Selangor mengundi dalam pilihan raya
umum ke-13 yang bakal diadakan pada hari Ahad ini.
Menteri
Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata ia bagi memudahkan rakyat
Selangor melaksanakan tanggungjawab untuk mengundi dan merealisasikan
Negeri Selangor sebagai Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan.
"Pemberian hari pelepasan am ini selaras dengan Akta Hari
Pelepasan 1951, perenggan 9 yang menyatakan bahawa Pihak Berkuasa Negeri
boleh menetapkan satu hari sebagai hari pelepasan am," katanya dalam
satu kenyataan.
Katanya, kerajaan Selangor berharap hari
pelepasan Am ini digunakan sebaik mungkin untuk pulang mengundi di
tempat masing-masing dan tidak perlu tergesa-gesa untuk kembali bekerja.
"Kita mendoakan para pengundi dan rakyat Selangor pulang dengan
selamat untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.
"Kerajaan
Selangor terus komited untuk memastikan sebuah pentadbiran yang telus,
bertanggungjawab serta bersih diteruskan di negeri ini dengan sokongan
padu rakyat Selangor.
"Undi anda semua akan menentukan nasib generasi akan datang. Undilah dengan bijak," kata Abdul Khalid. - Malaysiakini
Ini baru betul kerajaan berkebajikan.