Pengadu dalam kes Liwat II, Saiful Bukhari Azlan akhirnya bertemu jodoh dan akan melangsungkan perkahwinan pada 25 Mei ini.
Saiful akan berkahwin dengan seorang personaliti TV3 yang pernah
bertugas di meja jenayah dan politik, Nik Suryani Megat Deraman.
"Mereka
berkenalan selepas perbicaraan kes itu selesai. Hubungan mereka
berputik apabila Saiful Bukhari sendiri menegur dan berkenalan dengan
Nik Suryani di sebuah restoran," kata sumber TV3.
Majlis pada 25 Mei itu juga direncanakan berlangsung di kampung Nik Suryani di Terengganu.
Nik Suryani ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan walimatus urus itu tetapi enggan mengulasnya buat masa ini. - Malaysiakini
Wartawan Nik Suryani Megat Deraman & Anwar
...wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik...