Pekan Batu Kawan, yang terletak di koridor selatan Pulau Pinang,
dibanjiri lautan manusia yang menghadiri perhimpunan Black 505 Pakatan
Rakyat di stadium di situ malam tadi.
Diadakan tiga hari selepas
120,000 orang membanjiri perhimpunan yang sama di Kuala Lumpur,
perhimpunan di Pulau Pinang malam tadi turut disertai mereka dari negeri
jiran - Kedah dan Perak.
Terdapat juga peserta dari Selangor dan
Negeri Sembilan yang mengibarkan bendera negeri masing-masing tanpa
henti di tengah-tengah simbol roket (DAP), bulan (PAS) dan mata (PKR).
Lapan
puluh lima peratus hadirin yang berbilang kaum itu adalah orang muda
lelaki dan wanita, yang datang seawal jam 6 petang dengan menaiki kereta
dan motosikal, membawa bendera parti dan kain rentang, serta meniup
vuvuzelas di dalam stadium yang penuh sesak.
Sejak pukul 4
petang, Lebuhraya Utara-Selatan telah sesak dengan kereta yang merangkak
melalui laluan keluar Bukit Tambun ke Batu Kawan - yang merupakan
tempat makanan laut yang terkenal.
Pemimpin Pakatan seperti Ketua
Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu
dan ADUN Seberang Jaya ADUN Dr Afif Bahardin, meninggalkan mereka
sekurang-kurangnya lima kilometer jauhnya untuk sampai ke stadium, yang
bergemerlapan dengan gerai-gerai yang dihiasi lampu berwarna-warni.
Ketua
Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tiba pada kira-kira jam 9 pagi
disambutkan dengan tepukan ketika melangkah masuk ke dalam stadium -
yang berkapisiti memuatkan 80,000 orang.
Sepanjang perhimpunan selama empat jam itu, hadirin
membawa kain rentang dan sepanduk yang mengecam sikap perkauman,
dengan mesej seperti "Kita semua rakyat Malaysia" dan "Tsunami Rakyat".
Ini
adalah reaksi balas terhadap tuduhan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa
'tsunami Cina' mengakibatkan parti-parti komponen bukan Melayu dalam BN
kalah teruk, apabila mereka mengundi Pakatan, sekaligus memberinya 51.4
peratus undi popular berbanding dengan BN 48.6 peratus.
Apa lagi yang rakyat Malaysia mahu?
Anwar dalam ucapannya menyentuh tentang kekecewaan rakyat terhadap komen Najib itu serta kontroversi laporan muka depan Utusan Malaysia yang bertajuk 'Apa lagi Cina mahu'.
"Biarlah 'Brother' Anwar jawab soalan-soalan itu," katanya
sambil menegaskan bahawa orang Cina, Melayu, India, Dayak dan Kadazan
mahukan pilihanraya yang bersih dan adil dan mereka mahu kekayaan rakyat
dikembalikan dan tidak dirompak oleh BN atau Umno.
"Pilihan raya
ini sebagaimana yang dikatakan oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad
Said adalah ibu segala penipuan," kata Anwar sambil berkata pihaknya
mempunyai bukti dan mahu Suruhanjaya Pilihan Raya menjelaskannya kerana
"mereka tidak boleh menipu rakyat Malaysia".
"Mereka telah menipu
sebelum ini dan kita memaafkan mereka. Dalam PRU13 ini, kami menuntut
jawapannya sekarang!" katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.
Sementara itu, dalam ucapannya, Lim yang sangat gembira
dengan jumlah kehadiran malam tadi, berkata Pakatan memecahkan rekod
sekali lagi dengan menarik kehadiran 125,000 walaupun tempat perhimpunan
itu ditukar dalam masa yang singkat dari Stadium MPSP di Bukit Mertajam
ke Batu Kawan dalam masa sehari.
Katanya, terdapat ribuan lagi di luar stadium yang tidak dapat masuk kerana bahagian dalamnya sesak dengan hadirin.
Beliau
berikrar untuk menjaga kebajikan semua rakyat Pulau Pinang, termasuk
penyokong BN, dan berkata "Kami akan berbuat demikian walaupun kita
tidak faham mengapa mereka menyokong BN, tetapi kita tidak menyalahkan
sesiapa."
Beliau mengucapkan terima kasih kepada mereka yang
pertama kali mengundi dan pengundi wanita kerana memberi kepercayaan
kepada Pakatan Rakyat, sambil menambah bahawa mereka mengundi gabungan
itu kerana mereka mahu masa depan yang cerah.
"Berbeza dengan apa
yang Najib kata, tsunami ini melibatkan semua orang. Terdapat hanya 25
peratus pengundi Cina dan Pakatan memperolehi 51.4 peratus undi popular,
apa jadi dengan baki 26 peratus lagi?" dia disoal.
"Jangan beritahu saya mereka adalah undi Bangla," katanya berjenaka, yang disambut dengan sorakan gemuruh hadirin.
Ada yang beredar jam 3 pagi
Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, pula menceriakan hadirin dengan ucapannya yang menyindir SPR.
"SPR
kata, dakwat kekal, tapi ia tak boleh tahan walaupun untuk satu jam.
Hah! Hah! Hah!" beliau ketawa, dan hadirin turut ketawa bersama-sama.
Katanya, mereka tidak malu untuk mengatakan bahawa ini adalah pilihan raya yang paling bersih dan paling adil.
Mat
Sabu mendakwa bahawa telefon bimbitnya telah digodam di mana mesej
perkauman seperti "Hidup Cina, Melayu Mampus" telah dihantar kepada
orang ramai, dengan beberapa orang memanggil memarahinya kerana didakwa
berbuat demikian.
"Saya tidak pernah menghantar mesej itu dan
saya tidak tahu siapa yang menggodam telefon bimbit saya. Tetapi anda
tahu mereka yang sering bermain dengan isu-isu perkauman seperti itu,"
katanya, dan orang ramai melaungkan 'Umno'.
Kira-kira 10 pemimpin
lain bergilir-gilir mereka untuk bercakap di majlis tersebut yang
berakhir pada kira-kira tengah malam, tetapi orang ramai masih tidak
meninggalkan perkarangan stadium itu.- Malaysiakini
Umno-BN jika hendak mengadakan perhimpunan raksasa perlu paksa orang datang, sediakan makanan yang lazat, jemput artis undangan. - Malaysiakini
Melihat kepada sambutan terhadap PR, rakyat tertanya-tanya, siapakan yang mengundi Umno-BN sehingga membawa kemenangan terhadap parti itu.