Satu laporan awal yang dikeluarkan tiga kumpulan pemantau pilihan raya
umum ke-13 menyebut, pilihan raya 5 Mei itu dijalankan “sebahagiannya
dengan bebas, tetapi tidak adil”.
Secara keseluruhannya,
CPPS/Asli and Ideas berpendapat bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya
bertindak dengan agak cekap dan efektif dalam mengendalikan pilihan raya
itu.
Bagaimanapun, mereka percaya bahawa laporan media yang
condong kepada BN, penyalahgunaan kemudahan kerajaan oleh BN, hadiah
kepada pengundi dan juga integriti daftar pemilih menjadikan pilihan
raya ini “kurang bebas dan tentunya tidak adil”. - Malaysiakini
Kita bekerja bagai nak mati tapi pengadil berat sebelah. Tentu ini bukan demokrasi.