Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menjelaskan bahawa sebarang
perhimpunan mesti memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam Akta
Perhimpunan Aman 2012, termasuk syarat pihak penganjur mesti memastikan
ia adalah satu perhimpunan aman tanpa senjata.
Ismail menafikan laporan yang muncul di media malam tadi bahawa permit polis diperlukan untuk sebarang perhimpunan.
Menurutnya,
perhimpunan boleh diadakan selagi penganjur memaklumkan dan bertemu
pegawai polis daerah, dan ia adalah perhimpunan aman, peserta tidak
boleh membawa apa-apa bentuk senjata merbahaya; tidak ada apa-apa bentuk
hasutan, provokasi, untuk menggugat ketenteraman.
Penjelasan itu
dibuat dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Penolong Ketua Urus
Setia KPN (Komunikasi Korporat), ACP Ramli Mohamed Yoosuf hari ini.
Ramli
berkata berdasarkan kepada petikan jawapan Ismail dalam sidang akhbar
semalam, jelas menunjukkan beliau tidak membuat apa-apa kenyataan
mengenai keperluan permit.
Laporan media semalam menyebut
perhimpunan yang dirancang pembangkang hari ini merupakan perhimpunan
haram berikutan penganjur tidak membuat sebarang permohonan kepada polis
dan sehubungan itu, polis akan menahan peserta jika perhimpunan itu
tetap diadakan. - Malaysiakini