Seorang pemimpin cabang Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa pegawai
Suruhanjaya Pilihan Raya membuka beg mengandungi kertas undi yang
disimpan di pejabat jajahan di Ketereh, Kelantan dalam kejadian pada 7
Mei tanpa kebenaran dari Mahkamah Tinggi.
Ketua AMK Ketereh Mohd
Sukirman Mustafa memberitahu Malaysiakini, beberapa orang anggota parti
dan orang awam membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada 16 Mei.
Menurut
Sukirman, pegawai SPR hadir bersama anggota polis dan mendakwa
memperolehi arahan dari pegawai atasan untuk berbuat demikian, walau
peraturan pilihan raya menetapkan bahawa beg kertas undi hanya boleh
dibukan dengan perintah Mahkamah Tinggi.
Bagaimanapun, pegawai
yang membuka materi keselamatan di beg berkenaan tidak mengeluarkan
apa-apa daripada beg yang disimpan di pejabat Majlis Daerah Ketereh.
“Mereka hanya membuka beg dan menyelongkar sedikit, tapi tidak mengeluarkan apa-apa,” kata Sukirman.
Katanya
cabang PKR di situ dimaklumkan oleh seorang individu yang memberitahu
bahawa beg tersebut dibuka oleh pegawai SPR pada kira-kira jam 11 pagi
pada 7 Mei.
Sukirman berkata anggota PKR merakam gambar pegawai
SPR tersebut yang membuka beg berkenaan dan kini menunggu penjelasan
mengenai perkara itu daripada SPR.
Parti berkenaan kini menimbang untuk mengemukakan kes tersebut ke mahkamah. - Malaysiakini
Dia buka nak pastikan kotak itu di'seal' atau tidak. Lagi pun kertas undi sudah di kira dan tidak lagi dapat mempengaruhi apa-apa. Tolonglah jangan buat malu.