Pakatan Rakyat akan menilai semula Sistem Pengurusan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) yang didakwa membebankan warga pendidik
sekiranya diberi peluang memerintah Putrajaya, kata presiden PAS.
Presidennya
Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pelaksanaan sistem itu sekarang
ini tidak menepati konsep dan aplikasi sebenarnya dan memberi kesan
negatif kepada sistem pendidikan negara.
"Kelemahan-kelemahan
yang ada menyebabkan guru dan ibu bapa tertekan sehingga menjejaskan
matlamat pendidikan dan hasrat murni Falsafah Pendidikan Kebangsaan,"
katanya.
Pengamalan
sekarang, menurutnya, menyebabkan tekanan kerja, kerja perkeranian yang
tinggi, pengabaian pengajaran dan pembelajaran kerana tertumpu kepada
mengemas kini data pelajar, kurang penyediaan bahan bantu pengajaran dan
perlanjutan waktu bertugas guru ke hujung minggu sehingga hilang fokus
kepada keluarga.
Dalam
kenyataannya semalam, Hadi juga berkata, walaupun PBS ada kebaikannya,
tetapi melaksanakannya secara separuh masak tanpa menyediakan infra
tenaga tambahan yang mencukupi akan hanya mendera guru yang terlibat. - Malaysiakini
Guru yang ditekan akan guna kuasa undi untuk mengajar golongan yang menekan mereka.