Polis menahan dan mereman tiga hari penulis blog yang dikaitkan dengan
PKR, 'Milo Suam', di sebuah pusat membeli belah di Shah Alam malam tadi
berhubung satu tulisan di blognya mengenai pengundian awal.
Dia
kemudiannya dibawa ke ibupejabat PKR di Tropicana pada kira-kira jam
10.30 malam di mana pihak polis telah mengambil beberapa barangan.
"Saya
tidak pasti, tetapi saya difahamkan dia sedang disiasat di bawah Akta
Rahsia Rasmi," kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika
ditanya mengenainya hari ini.
Sebelum ini, dilaporkan bahawa penulis blog itu sedang disiasat berhubung dakwaan menyebarkan maklumat palsu.
Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Syed Ismail Syed Azizan berkata
unit pelan bertindak media bersepadu sedang menyiasat satu blog yang
mendakwa anggota polis telah mengundi lebih awal daripada yang
dijadualkan.
Sementara itu, Pengarah kumpulan peguam Lawyers for
Liberty Eric Paulsen berkata, beliau dan peguam New Sin Yew baru bertemu
dengan Milo Suam yang didakwa sebagai pengurus laman di Balai Polis
Dang Wangi.
Eric berkata, Milo Suam atau nama sebenarnya Yusuf Al
Siddiqi disiasat ekoran artikel bertajuk: "This is over a posting he
allegedly made titled "Maklumat sulit: Pendatang asing bakal cetus huru
hara di Sabah?" - Malaysiakini
Papagomo kamu biar bebas, blogger PR kamu tangkap. Ini kalilah...