Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar telah tidak dibenarkan oleh pihak imigresen Sabah memasuki negeri ini.
Menurut
ahli Parlimen (MP) Lembah Pantai itu, pegawai imigresen di Lapangan
Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sedang mengatur untuk menghantarnya
pulang.
"Saya ditahan oleh imigresen Sabah dan diarah pulang oleh
pejabat ketua menteri Sabah. Beginilah nasib demokrasi pasca-PRU13.
Just you wait BN" tulis Nurul dalam twitter pada kira-kira jam 7.30
petang ini.
Katanya, beliau tidak dibenarkan berjumpa MP Penampang, Darell Leiking yang bertindak sebagai peguamnya.
Nurul
Izzah adalah naib presiden PKR yang kedua tidak dibenarkan masuk ke
Sabah. Sebelum ini, naib presiden PKR yang juga MP Batu Tian Chua
disenaraihitam oleh imigresen Sabah tidak lama selepas kejadian Lahad
Datu berlaku pada bulan Februari.
"Terdapat MP lain yang tidak
akan dibenarkan masuk ke Sabah. Apabila ditanya nama (mereka yang tidak
akan) dibenar masuk, (pihak imigresen berkata ia) dianggap rahsia," kata
Nurul Izzah.
Sebelum ini, Hilman Idham, pembantu Timbalan
Presiden PKR Azmin Ali, juga tidak dibenarkan memasuki negeri ini,
bersama-sama dengan ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Syukri Razab,
yang berasal Sabah.
Pada kira-kira 8.20 malam, Nurul menulis
dalam twitter bahawa beliau tidak dibenarkan bertemu peguamnya dan
diiringi tiga pegawai imigresen Sabah menaiki kapal terbang. - Malaysiakini
Sabar PR pun ada hadnya.