SHAH ALAM – Mana-mana pihak yang cuba menentang kerajaan yang sah boleh dianggap sebagai penderhaka kepada negara.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, mereka yang tidak
berpuas hati sepatutnya guna saluran betul iaitu mahkamah dan bukan
melakukan demonstrasi di jalan raya.
“Sebarang usaha untuk menentang kerajaan yang sah, itu namanya
penderhaka. Menentang secara aman pun dianggap sebagai penderhakaan
kepada negara.
“Apatah lagi, jika ada yang mahu melakukannya dengan keganasan. Kalau
tidak puas hati, failkan petisyen ke mahkamah. Mengapa mahu tunjuk
perasaan?” katanya semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas usaha sekumpulan NGO
pro-pembangkang yang mahu mengadakan protes jalanan besar-besaran
sekiranya pegawai kanan SPR tidak meletak jawatan.
Sabtu lalu, penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul
Hisham Shaharin atau CheguBard menyeru rakyat Malaysia menjadi
sukarelawan ‘Suara Rakyat 505' untuk menggesa pimpinan SPR meletakkan
jawatan.
Katanya, gerakan itu akan ke ibu pejabat SPR di Putrajaya bagi menuntut peletakan jawatan pimpinan badan tersebut.
Beliau turut mendakwa, selagi kedua-dua pentadbir tertinggi SPR tidak
meletak jawatan, rakyat akan terus bersama PR membuat tuntutan tersebut
melalui himpunan.
Menurut Harussani, mereka yang terlibat perlu dikenakan tindakan keras sekiranya ia ke tahap menggugat ketenteraman awam.
“Kalau sampai mengancam nyawa orang lain, itu sudah tergolong dalam dosa besar. Mereka perlu bertaubat segera,” katanya. - SH
Menang jadi pemimpin dengan cara menipu itu dipanggil apa pula?