SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menaikkan kadar
bayaran tempat letak kereta di kawasan pentadbirannya dari 40 sen sejam
kepada 60 sen sejam.
Datuk Bandar Shah Alam Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan berkata kenaikan itu
wajar dilakukan memandangkan kadar 40 sen sejam telah diperkenalkan
sejak 1998 dan kadar baharu itu akan berkuat kuasa dalam tempoh
terdekat.
"Kadar caj yang dikenakan pada masa ini sudah tidak sesuai dengan
keadaan semasa dan status Shah Alam sebagai bandar raya," katanya ketika
mempengerusikan mesyuarat bulanan MBSA di sini hari ini.
Beliau berkata MBSA juga akan mengadakan program kutipan kompaun tempat
letak kereta yang menawarkan potongan 80 peratus, bermula 10 Julai
hingga 7 Ogos depan, iaitu sepanjang bulan Ramadan.
Katanya, tunggakan kompaun letak kereta kini berjumlah RM9 juta dengan
tiga kawasan mencatat jumlah tertinggi iaitu Seksyen 9, Seksyen 13 dan
Seksyen 25.- Bernama
Bukan masalah jumlah tetapi kerumitan yang rakyat hadapi seharian. Ini bukanlah yang dilaungkan berjiwa rakyat. Caj tempat letak kereta wajar dihapuskan. Gunakanlah wang banyak yang kononnya kerajaan PR Selangor perolehi semasa mentadbir negeri.