ORLANDO - Seorang suspek serangan bom di kejohanan maraton Boston,
Amerika Syarikat pertengahan April lalu, dilaporkan terbunuh selepas
ditembak pegawai Biro Siasatan Persekutuan (FBI) ketika disoal siasat,
kelmarin.
Menurut pegawai, insiden berlaku apabila suspek, Ibragim Todashev, 27,
bertindak ganas sewaktu pegawai FBI menyoalnya membabitkan serangan
pengeboman di Boston pada 15 April lalu.
"Kami terpaksa menembak suspek selepas dia bertindak agresif dengan
cuba mencederakan pegawai kami sewaktu sesi siasatan," kata pegawai FBI
dalam laporan Al-Jazeera.
Sementara itu, rakan suspek, Khusn Taramiv memberitahu, Todashev adalah
salah seorang individu yang mengenali suspek pengebom utama, Tamerlan
Tsarnaev kerana kedua-duanya adalah pejuang seni mempertahankan diri
tetapi menolak terlibat dengan insiden di Boston.