08 May 2013

BN tidak harus kecewa keputusan PRU13, kata Rais

KUALA LUMPUR - Penyokong Barisan Nasional (BN) tidak harus kecewa dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana yang penting parti gabungan itu boleh membentuk kerajaan.

Pemimpin veteran Umno Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, BN tidak perlu gusar dengan sentimen yang diwujud pelbagai pihak selepas PRU13.

Beliau berkata, apa yang penting, BN harus menunaikan janji yang dibuat dalam manifestonya.

"Soal angka memang akan sentiasa dimainkan, iaitu 140 kerusi (Parlimen) pada 2008 dan 133 pada 2013... tetapi harus diingat, BN telah dapat menawan Kedah," katanya ketika ditemu bual dalam rancangan Hello Malaysia yang disiar di saluran Bernama TV malam tadi.


Rais, yang merupakan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sebelum Parlimen dibubar, berkata rakyat akan nampak kejujuran kerajaan BN selepas ini dalam tempoh beberapa minggu atau beberapa bulan.

Beliau juga berkata BN tidak sekali-kali tunduk pada usaha pembangkang yang sentiasa cuba menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat terhadap kerajaan. - Bernama

Sokongan Umno-BN merosot kerana orang seperti inilah.