Pilihan raya pada 5 Mei lalu merupakan "pilihan raya umum peralihan",
dengan fenomena pertambahan pengundi berharap untuk demokrasi yang lebih
baik, kata anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah.
Aspirasi
pengundi ini, yang mewakili separuh daripada daftar pemilih, termasuk
untuk menyelesaikan isu berkaitan ketelusan, rasuah, keadilan dan
pilihan raya yang bersih.
Manakala sebelah lagi pihak, menurut Saifuddin (kanan), mengutamakan pembangunan, seperti pembinaan sekolah dan jalan raya baru.
Justeru
katanya, jika BN kalah bermakna pengundi secara umumnya memberikan
keutamaan kepada pembangunan berbanding isu-isu demokrasi dan
sebaliknya.
Saifuddin berkata demikian dalam forum anjuran
gabungan proreformasi sistem pilihan raya BERSIH di Petaling Jaya malam
tadi yang membariskan muka-muka yang kalah dalam pilihan raya umum
ke-13.
Saifuddin ssebagai penyandang anggota Parlimen Temerloh sebelum ini kalah di tangan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan. - Malaysiakini
Umno-BN akan kalah jika tidak main tipu dalam pilihanraya.